Urusan Pentadbiran

Bagi urusan pentadbiran harian, tatacara perjalanan Pusat Aktiviti disenaraikan seperti berikut : - 
 
1.  Satu Jawatankuasa Khas dibentuk JKM Daerah untuk menyelia perjalanan Pusat Aktiviti WargaEmas.
2.  Jawatankuasa Khas Pusat Aktiviti boleh melantik Penyelia Pusat Aktiviti dengan membayar  elaun bulanan dari peruntukan kewangan JKM Daerah bagi menguruskan pentadbiran dan perjalanan harian Pusat Aktiviti; 
3.  Kemudahan peralatan dan kemudahan-kemudahan lain di Pusat Aktiviti Warga Emas disediakan oleh JKM Daerah.
4.  Pusat Aktiviti akan dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang; 
5.  Peserta Pusat Aktiviti hendaklah mendaftarkan nama mereka di kaunter yang ditetapkan.
6.  Penyelia Pusat Aktiviti bersama Sukarelawan yang bertugas mengaturkan supaya peserta Pusat Aktiviti mengambil bahagian dalam aktiviti yang bersesuaian yang ditetapkan mengikut jadual termasuk; 
6.1.  Fisioterapi; 
6.2.  Kerja tangan 
6.3.  Pertanian 
6.4.  Keagamaan
6.5.  Kebudayaan
6.6.  Riadah (rekreasi) dan lain-lain 
7.  Pusat Aktiviti akan menyediakan minuman pagi dan minuman petang kepada peserta Pusat Aktiviti. 
8.  Peserta Pusat Aktiviti boleh menggunakan semua kemudahan yang disediakan. 

No comments:

Post a Comment