Konsep

Program Pusat Aktiviti Warga Emas bertujuan untuk memberi satu kemudahan penjagaan harian kepada warga tua terutama bagi mereka yang tinggal keseorangan semasa ketiadaan ahli keluarga atau penjaga yang keluar bekerja. Dengan cara ini, warga tua dapat terus hidup dengan keluarga sendiri dan penjaga mendapat khidmat sokongan dalam jagaan warga tua yang lebih terjamin. Berbagai aktiviti untuk warga emas disediakan dan mereka boleh belajar berdikari,  berinteraksi sesama mereka dan dengan masyarakat tempatan, memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta terus dapat menyumbang khidmat sukarela kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment